Pelancaran portal and forum rasmi Cengal Kondo

Wednesday, December 3, 2008

Asslamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin mengumumkan berita baik kepada semua penduduk Cengal Kondo. Portal rasmi dan forum Cengal telah pun siap dibina dan telah pun online. Sila ke www.cengalcondo.com.my untuk melayarinya. Portal dan forum ini tidak lah seberapa, namun saya amat berharap pihak penduduk dan pihak JMB dapat memaksimumkan penggunaan kedua dua platfom ini sebagai media komunikasi kita.

Untuk berforum anda perlu mendaftarkan diri dengan klik pada label "register" kemudian isikan segala maklumat yang diperlukan. Sekiranya anda tidak mendaftar, anda tidak akan dapat melihat segala forum forum yang tengah hangat dan juga anda mungkin ketinggalan tentang maklumat terkini. Setelah mendaftar anda terus boleh login. Sebelum anda berforum, silalah perkenalkan diri anda dulu di bahagian salam perkenalan.

Anda diingatkan bahawa perlunya mengikuti segala peraturan berforum. Perlanggaran peraturan akan menyebabkan anda akan dikeluarkan dari ahli forum, atau dengan bahasa IT anda akan di ban buat sementara waktu.

Sekian

ayie a.k.a zahari