Cadangan Salah seorang penghuni Cengal Condo

Thursday, November 27, 2008

Assalamulaikum
Kepada Pengurus
Badan Pengurusan Bersama Cengal Condominium
Saya merupakan salah seorang pemilik dan penghuni di Cengal Condo (Blok A). Saya ingin menyalurkan beberapa pandangan dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak tuan seperti berikut :-
  1. Papan tanda (sign board) menunjukkan tingkat setiap tingkat di hadapan lift. Papan tanda yang sedia ada dahulu telah dimusnahkan oleh penghuni atau orang yang tidak bertanggungjawab.
  2. Menurunkan notis, banner, arahan dan surat yang telah lupus tarikh. (di papan kenyataan di setiap blok)
  3. Menukarkan kerusi rehat, payung dan meja yang diletakkan di depan kolam yang telah kelihatan uzur kepada yang baharu.
  4. Menekan tahap kebersihan kepada kedai mamak yang menjadi penjual di tepi kolam. Menaik taraf kedai mamak kepada cafe yang bersih dan indah.
  5. Meindahkan lagi land skaping yang sedia ada dengan bunga yang segar dan hijau.
  6. Mengadakan latihan kebakaran dan ceramah untuk menggelak kebakaran bersama dengan pihak BOMBA. (Fire Drill) kepada semua penghuni.
Sekian, terima kasih.

Puan Khadijah Ahmad


Wasalam.

Sekadar Renungan Bersama

Tuesday, November 25, 2008

Mentaliti Kelas Ketiga


Sekadar renungan bersama

Kepada penghuni Cengal Kondominium yang dihormati..

Dalam kita mempersoalkan tanggungjawab dan peranan JMB serta kontrakto kontraktor yang dilantik untuk membuat kerja kerja selenggara, kebersihan dan keselamatan di kediaman kita, janganlah kita lupa peranan dan tanggungjawab kita semua penghuni di sini.

Kita merupakan manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan tetapi dikurniakan akal yang perlu digunakan untuk membezakan mana yang buruk atau yang baik. Janganlah kita meletakan mentaliti kita ditahap ketiga seperti yang telah berlaku di sini. Saya merupakan seorang dari ratusan penghuni di Cengal Kondominium berasa amat kecewa dengan apa yang berlaku sekarang. Di bawah ini saya senaraikan situasi situasi yang berlaku yang pada hemah saya merupakan sikap-sikap yang tidak bertanggungjawab segelintir mereka-mereka yang tidak bertamadun yang menghuni di sini, contohnya :
  • Mencampakan plastik minuman, tisu dan kertas ke bawah. - perkara in berlaku di hadapan mata saya sewaktu bermain badminton pada petang Sabtu yang lalu.
  • Menghisap rokok dalam lift
  • Suka meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya
  • Tidak meletakkan kenderaan di blok C & D(OWNER) lebih rela meletakkan kenderaan di lot parking pelawat
  • Membuat bising di waktu malam (rumah bujang)
  • Tidak membuang sampah ke dalam tong yang disediakan di bilik sampah tetapi mencampakkannya di atas lantai sahaja
  • Membuat kerja-kerja vandalisme seperti sengaja merosakkan kemudahan yang disediakan
Ini merupakan sebahagian sahaja yang dapat saya senaraikan sikap-sikap penghuni yang tidak bertamadun yang berlaku di sini. Mereka mereka ini tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Kita membayar yuran penyelenggaraan yang tinggi di sini bukan bermakna kita bebas membuang sampah sesuka hati, bukan bermakna kita boleh merosakan peralatan yang ada atau bebas melakukan apa sahaja di sini. Tolonglah hormati perasaan dan hak penghuni yang lain. Ikutlah peraturan peratuan yang telah ditetapkan untuk kebaikan kita bersama. Saya amat berharap pihak JMB dengan kuasa yang ada supaya lebih tegas melaksanakan penguatkuasaan terhadap penghuni penghuni yang tidak bertamadun ini.

Marilah kita berusaha untuk menjadi warga kelas pertama. Janganlah kita menjadi warga kelas ketiga yang tidak mempunyai tamadun, tiada tanggungjawab, pentingkan diri sendiri dan tiada keprihatinan sesama jiran tetangga. Hormatilah perasaan dan hak penghuni yang lain. Mengambil ayat daripada penulis blog ini " Janganlah mengharapkan yang terbaik datang kepada anda tanpa anda berusaha untuk mendapatkan yang terbaik"

IKHLAS DARIPADA

ROGER
CENGAL CONDOMINIUM




Cadangan menandatangai masalah parking pelawat di Cengal Condo

Sunday, November 23, 2008

Download dan baca surat cadangan di sini

Sekiranya anda ingin memberikan cadangan atau pandangan tentang perkara ini sila klik comments di bawah artikel ini. Pastikan komen anda tidak menggunakan bahasa kasar, atau menyentuh sensitiviti orang lain.

Persoalan dari seorang penghuni Block A

Friday, November 21, 2008

Kepada sesiapa yang berkenaan

Saya salah seorang penghuni Block A tingkat 10. Ada beberapa issue yang hendak di Tanya

1) Ada kah tempat letak kereta di tempat guard house khas betul betul untuk pelawat sebab saya lihat ada letak nya “cone” dan juga tali

2) Hampir setiap malam di hadapan block B, adanya terletak kereta di hadapan bahagian lobby yang hanya menyusahkan pemandu lain. Walau pun ada guard, bila saya beritahu, mereka beritahu management tidak beritahu untuk “Clamp”

3) Sekarang ada pertukaran guard baru dan ada ternampak perubahan terutama nya bila kereta kedua masuk tapi setiap guard, perangai lain, ada yang hanya membuka ‘barrier” dan membenarkan kereta masuk.

4) Boleh tak jika service charge dibayar melalui web?

Terima Kasih

Patrick Daya

p/s: pada yang ingin memberi komen atau pihak tertentu ingin menjawab pertanyaan ini sila klik pada "comments"

Surat dari COB berkenaan JMB

Monday, November 10, 2008

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada email tuan yang bertarikh 7 November 2008 mengenai Badan Pengurusan Bersama (JMB) Kondominium Cengal.

2. Dimaklumkan bahawa berkenaan dengan penyata kewangan beraudit yang sehingga kini masih belum dikemukakan oleh pihak JMB kepada pihak tuan, kami akan berhubung terus dengan pihak JMB dan pastikan agar pihak JMB menyerahkan akaun teraudit untuk rujukan kami.

3. Berkenaan dengan Minit-minit Mesyuarat JMC dan Kontrak-kontrak bagi Kontraktor-kontraktor penyelenggaraan, pihak kami menasihatkan agar pihak tuan dapat membuat permintaan secara hitam putih (request letter) kepada pihak JMB dan sesalinannya diajukan kepada jabatan kami. Sekiranya pihak JMB masih tidak bekerjasama dalam hal ini, pihak tuan hendaklah memaklumkan kepada kami.

Sekian, Terima Kasih

Marini Binti Suhaimi
Pegawai Penilaian
Pesuruhjaya Bangunan (COB)
Jabatan Penilian dan Pengurusan Harta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tel: 03-26171000
Fax: 03-26937119

Akta akta yang peduduk perlu tahu

Sunday, November 9, 2008

Penduduk Cengal Condo perlu mengetahui dan perlu ambil tahu berkenaan dengan akta akta yang berkaitan dengan persekitaran Kondo kita.

Antaranya adalah akta 663 Rang Undang Undang Bangunan dan Harta Bersama(Penyelenggaraan dan Peengurusan) 2006. Akta ini secara ringkas nya adalah berkaitan dengan:

  1. perlantikan suruhanjaya bangunan dan pegawai lain,
  2. penubuhan badan pengurusan bersama,
  3. kewajipan pemaju mengadakan mesyuarat
  4. Mesyuarat pertama badan pengurusan bersama
  5. Kewajipan Badan untuk memberitahu Pesuruhjaya nama Badan
  6. Tugas dan kuasa Badan Pengurusan Bersama
  7. Mesyuarat agung tahunan
  8. Mesyuarat agung luar biasa
  9. Jawatankuasa Pengurusan Bersama
  10. Daftar pembeli
  11. Hak pembeli
  12. Kaedah-kaedah dalaman
  13. Pembubaran Badan Pengurusan Bersama
  14. AKAUN PENYENGGARAAN BANGUNAN
  15. KUMPULAN WANG PENYENGGARAAN BANGUNAN
    DAN KUMPULAN WANG PENJELAS
  16. Ejen pengurusan
  17. Deposit dan mendapatkan caj
  18. dan lain lain lagi
Untuk membaca secara penuh sila download kat sini


Akta 318 atau akta hak milik strata 1985 dan kaitan dengannya. Antara perkara penting yang terkandung dalam akta tersebut adalah

  1. Penubuhan Perbadanan Pengurusan Yang Lebih Awal
  2. Pindah Milik Dalam Masa 12 Bulan Dan Denda Bagi
    Yang Mengingkarnya.
  3. Tempoh Permulaan Berakhir Di Satu Perempat Pindah
    Milik Aggregat Unit Syer
  4. Bagi Skim Kos Rendah, Tempoh Permulaan Juga
    Berakhir Di Satu Perempat Pindah Milik
  5. Penguatkuasaan Ke Atas Pemaju Yang Gagal Memanggil
    Mesyuarat Agung Pertama
  6. Penggubalan Akta Bangunan Dan Harta Bersama
    (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 Sebagai Pelengkap
    Akta Hakmilik Strata 1985
  7. dan lain lain lagi

Sekiranya anda ingin membaca secara terperinci boleh download di sini

Sebagai penduduk dan juga pemilik unit Cengal Condo, anda perlu ambil tahu berkenaan denga perkara ini. Jangan hanya mengharapkan yang terbaik datang kepada anda tanpa anda berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Sekiranya anda inginkan berita terkini berkenaan dengan Cengal Condo, anda boleh lah selalu menjenguk di papan kenyataan yang diletakan di tepi banguan atau anda turun minum bersama penduduk yang lain di cafe mamak di depan kolam renang. Senang senanglah beramah mesra bersama penduduk yang lain.

Selamat datang ke Cengal Condo

Cengal Condominium mengalu alukan kedatangan rakyat Malaysia ke satu alam penginapan yang harmoni dan sejahtera. Cengal condo adalah salah satu dari condo yang dimajukan oleh DwiTasik Sdn. Bhd. Lokasi yang strategik serta kemudahan yang tersedia ada dan kecantikan alam sekitar di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Lrt, Komuter, Express Rail dan beberapa lingkaran lebuh raya yang mudah dihubungi menjadikan lokasi Cengal Condo begitu popular dan strategik.

Kedai kedai perniagaan dan restoran mamak yang banyak serta sebuah sper market memberikan kelebihan kepada penduduk sekitar Bandar Sri Permaisuri. Pejabat kerajaan sepertu JPJ, Hospita HUKM dan pejabat pendaftaran yang memberi kemudahan kepada penduduk. Di celah celah kepesatan tersebut, Cengal Oondo wujud memberikan kediaman yang sempurna kepada penduduknya. Cengal Condo yang mempunyai 2 blok bangunan di sediakan berbagai kemudahan kepada pemghuninya seperti kolam renang, pusat kecergasan, parking kerata berbumbung dan terbuka dan dilengkapi pengawal keselamatan 24 jam menberikan kedamaian dan ketenangan kepada penghuninya. Penghuni yang datang dari berbagai bangsa dan agam serta berbagai negeri hidup aman bersatu padu.