Sunday, November 9, 2008
Penduduk Cengal Condo perlu mengetahui dan perlu ambil tahu berkenaan dengan akta akta yang berkaitan dengan persekitaran Kondo kita.
Antaranya adalah akta 663 Rang Undang Undang Bangunan dan Harta Bersama(Penyelenggaraan dan Peengurusan) 2006. Akta ini secara ringkas nya adalah berkaitan dengan:
- perlantikan suruhanjaya bangunan dan pegawai lain,
- penubuhan badan pengurusan bersama,
- kewajipan pemaju mengadakan mesyuarat
- Mesyuarat pertama badan pengurusan bersama
- Kewajipan Badan untuk memberitahu Pesuruhjaya nama Badan
- Tugas dan kuasa Badan Pengurusan Bersama
- Mesyuarat agung tahunan
- Mesyuarat agung luar biasa
- Jawatankuasa Pengurusan Bersama
- Daftar pembeli
- Hak pembeli
- Kaedah-kaedah dalaman
- Pembubaran Badan Pengurusan Bersama
- AKAUN PENYENGGARAAN BANGUNAN
- KUMPULAN WANG PENYENGGARAAN BANGUNAN
DAN KUMPULAN WANG PENJELAS - Ejen pengurusan
- Deposit dan mendapatkan caj
- dan lain lain lagi
Akta 318 atau akta hak milik strata 1985 dan kaitan dengannya. Antara perkara penting yang terkandung dalam akta tersebut adalah
- Penubuhan Perbadanan Pengurusan Yang Lebih Awal
- Pindah Milik Dalam Masa 12 Bulan Dan Denda Bagi
Yang Mengingkarnya. - Tempoh Permulaan Berakhir Di Satu Perempat Pindah
Milik Aggregat Unit Syer - Bagi Skim Kos Rendah, Tempoh Permulaan Juga
Berakhir Di Satu Perempat Pindah Milik - Penguatkuasaan Ke Atas Pemaju Yang Gagal Memanggil
Mesyuarat Agung Pertama - Penggubalan Akta Bangunan Dan Harta Bersama
(Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 Sebagai Pelengkap
Akta Hakmilik Strata 1985 - dan lain lain lagi
Sekiranya anda ingin membaca secara terperinci boleh download di sini
Sebagai penduduk dan juga pemilik unit Cengal Condo, anda perlu ambil tahu berkenaan denga perkara ini. Jangan hanya mengharapkan yang terbaik datang kepada anda tanpa anda berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Sekiranya anda inginkan berita terkini berkenaan dengan Cengal Condo, anda boleh lah selalu menjenguk di papan kenyataan yang diletakan di tepi banguan atau anda turun minum bersama penduduk yang lain di cafe mamak di depan kolam renang. Senang senanglah beramah mesra bersama penduduk yang lain.
0 comments:
Post a Comment