Sunday, October 4, 2009

Salam semua,

Memula sekali aku nak minta maaf sebab tak update blog nih. bukan apa, sibuk sikit. ni pun amik masa rehat kat rumah sebab malam tadi baru sampai KL.

So, apa yang menarik sekarang?? hahahaa, sudah tentulah rumah terbuka Cengal yang telah pun dibincangkan dalam mesyuarat JMB. AJK semua dah setuju untuk mengadakan sedikit jamuan raya untuk semua raya dan untuk semua warga Cengal. Detail event adalah:

Tarikh : 11 oktober 2009
Masa : 10.00 page sampai 2.00 petang
Tempat : Dewan terbuka cengal, kat tingkat satu, sebelah Jim.
Makanan: pegi dulu baru tahu apa makanan yang disediakan hehehee..

Ok lah tu. So, pada sapa yg rasa nak mengenal jiran tetangga dengan dekat, sila silakan dan jemputlah datang yer..jangan lah malu kalau orang tak kenal kite. Memang lah kalau kiter tak kenal orang, orang pun tak kenal kite. Jadi alangkah baik kalau kite kenal kenal kan dengan semua orang kat sini. Kalau rasa nak bawak kuih raya sendiri pun boleh. nanti orang lain boleh rasa kuih raya yang kiter buat tu. nanti raya tahun depan boleh ler diorang order...

Itu saja lah kot kali nih, sapa2 nak buat posting, boleh buat dulu dalam forum, nanti admin akan amik dan postkan dalam blog atau web portal.

Sekian

Zahari a.k.a ayie

Majlis doa selamat untuk anak jiran kita yang menghidap leukimia

Tuesday, January 13, 2009

Saudara dan saudari sekelian

Jiran kita, Zulfikar(zul) adalah dari blok B-14-16 Anaknya berumur dalam 9 bulan +- telah disahkan mengidap luekimia. Doktor pakar kat UM telah mengesahkanya setelah menjalankan beberapa kali ujian. Oleh itu Dr. telah mencadangkan supaya dibuat pemindahan air sum sum tulang belakang yang sesuai dengan kanak kanak tersebut. Jadi, kakak kepada kanak kanak pengidap itu yang berumur lebih kurang 2 tahun adalah orang yang paling sesuai untuk dibuat pemindahan. bermakna air sum sum tulang belakang dari kakak di pindahkan ke adik.

Mengikut kata saudara Zul(bapa), proses ini kalau diikutkan menelan belanja yang agak besar sekitar RM 50 k(tak pasti), dan kos susulan pun agak besar. ini adalah kerana, si kakak akan mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga mengambil masa seminggu untuk reda. Dan si kakak juga memerlukan ubatan yang mahal untuk mengembalikan kesihatannya kepada normal.

Manakala si adik yang mendapat pemindahan itu akan di kurantin di hospital untuk jangka masa paling kurang sebulan. Si adik ini akan menggunakan banyak ubat yang amat mahal untuk menyembuhkan sakitnya. Kos ubatan ini ditanggung sendiri oleh bapanya. Buat masa sekarang ni, si adik telah pun di masukan ke wad untuk penjagaan rapi sebelum pemindahan tersebut. dan buat masa sekarang ni juga si adik telah di masukan tiub di bahagian atas dadanya untuk memasukan sebarang ubat. Tiub itu masih kekal hingga ke hari ini di dadanya.

Oleh yang demikian itu satu iniatif dimana bacaan yasin dan doa selamat akan di adakan disurau Cengal pada tarikh 17 januari 2009 selepas solat maghrib iaitu sabtu terdekat ini. Diharapkan warga cengal yang kelapangan dapat turun sama sama kita berdoa untuk keselamatan dan kesihatan kedua dua anak kecil ini dan juga anak kepada jiran kita ini.

Selain itu majlis doa, bacaan yasin juga akan diadakan dan kita mendoakan agar kesejahteraan untuk semua penduduk Cengal dan semoga keharmonian wujud di kondo ini.

Sekiranya ingin maklumat lebih tepat dan terkini boleh hubungi sendiri saudara zul, atau turun minum minum kat kafe, kerana saudara zul selalu jugak turun kat kafe.

Sekian.

Dari jiran prihatin
Ayie a.k.a zahari