Cadangan Salah seorang penghuni Cengal Condo

Thursday, November 27, 2008

Assalamulaikum
Kepada Pengurus
Badan Pengurusan Bersama Cengal Condominium
Saya merupakan salah seorang pemilik dan penghuni di Cengal Condo (Blok A). Saya ingin menyalurkan beberapa pandangan dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak tuan seperti berikut :-
  1. Papan tanda (sign board) menunjukkan tingkat setiap tingkat di hadapan lift. Papan tanda yang sedia ada dahulu telah dimusnahkan oleh penghuni atau orang yang tidak bertanggungjawab.
  2. Menurunkan notis, banner, arahan dan surat yang telah lupus tarikh. (di papan kenyataan di setiap blok)
  3. Menukarkan kerusi rehat, payung dan meja yang diletakkan di depan kolam yang telah kelihatan uzur kepada yang baharu.
  4. Menekan tahap kebersihan kepada kedai mamak yang menjadi penjual di tepi kolam. Menaik taraf kedai mamak kepada cafe yang bersih dan indah.
  5. Meindahkan lagi land skaping yang sedia ada dengan bunga yang segar dan hijau.
  6. Mengadakan latihan kebakaran dan ceramah untuk menggelak kebakaran bersama dengan pihak BOMBA. (Fire Drill) kepada semua penghuni.
Sekian, terima kasih.

Puan Khadijah Ahmad


Wasalam.

11 comments:

roger said...

1)cadangan yang bagus....saya sebagai salah seorang penghuni disini amat alu-alukan cadangan daripada pihak puan.....
2)harapan supaya lebih ramai yg mengambil bahagian dalam memberi cadangan-cadangan yang positif...
3)For JMB....sila pertimbangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh resident.....
4)Khas to MR CHAIRMAN JMB FOR CENGAL KONDO ....pertanyaan utk kali ke beratus ratus ntah.....BILA NAK DIADAKAN PERJUMPAAN DENGAN RESIDENT????BILA LAGI????KAMI PENGHUNI DISINI TENGAH TUNGGU DENGAN PENUH SABAR...JANGAN BIAR TAHAP KESABARAN KAMI HILANG.......

nsr said...

Kegelisahan yang sudah tidak tertahan lagi disusuli dengan pelbagai idea praktikal saban hari membuktikan rintihan dan tangisan penghuni bagai kaca terhempas ke batu.

Keresahan ini mendesak kepimpinan JMB berserta exco-exconya supaya membuat anjakan paradigma yang pantas menjelang 2009 tatkala keadaan masih belum senja.

Kita khuatir andai kata tiada perubahan yang jelas semangat kerjasama akan terus pudar dan akhirnya pupus begitu saja.

Dalam keaadaan dayung sudah di tangan, perahu sudah di air apa yang diperlukan hanyalah ikatan telus serta rapat JMB dan penduduk yang berbilang bangsa apatah lagi agama.

Usahlah hanya menanam tebu di tepi bibir yang kemudian hari akan hanya menyusahkan diri sendiri sedangkan di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Nasir
B-16-10

Silent Shooter said...

Kedai mamak tu agak kotor ...

Anonymous said...

cadangkan pihak security pantau swimming pool lebih kerap waktu cuti sekolah nie.
Tx
R3

Anonymous said...

Saya menyokong cadangan menukarkan kedai mamak yg sedia ada kepada cafeteria yang menarik, presentable, banyak pilihan makanan & yg penting BERSIH.

Condo cengal adalah medium cost condo. Tetapi kedai mamak yang ada di tempat kita sama seperti kedai mamak di apartment lain sekitar Bdr Sri Permaisuri.

Tambahan pula, kedai mamak tersebut telah beroperasi selama lebih setahun, oleh itu berilah peluang kepada pengusaha yg lain untuk menjalankan perniagaan disana.

Terima kasih kerana mendengar cadangan saya ini.

-LINA, BLOK A-

Anonymous said...

Satu lagi permasalahan di KOLAM RENANG.

1. Didapati banyak pengguna HANYA memakai t-shirt & BUKAN pakaian renang ketika menggunakan kolam renang.

2. Ada sebab mengapa syarat memasuki kolam renang perlu memakai pakaian yg sesuai- mengekalkan tahap kebersihan air & juga langkah keselamatan.

3. Bagi memastikan pengguna mengikut peraturan, diharap pihak security dapat buat rondaan terutamanya sekitar jam 7 mlm ke 10mlm.

4. Bagi muslimin & muslimat yang mementingkan ketrampilan yang sopan, anda boleh dapatkan pakaian renang yang menutup aurat dipasaran ketika ini.

Kerjasama semua pihak adalah diharapkan.

-LINA, BLOK A-

Anonymous said...

There are just too many cars parking outside the entrance and it has caused difficulties for the trafic to flow. What happen if there is an emergency? Also because of this congested road due to over-parking, it is difficult to have a clear view when you are driving in and out of the junction and this is a safety hazard.

To solve the problem, I suggest the JMB to engage DBKL to at least control the illegal parking at critical areas such as those near the junction and entrance to Cengal.

Ayie's blogspot said...

Every body here, please go to www.cengalcondo.com.my/forum to register yourself and you can raise up you issues and complaint, because there are a lot of people include JMB surfing the forum.

Thanks

Anonymous said...

ok

Anonymous said...

ok

Anonymous said...

Kedai MaMakan Mamak kat bawah tu sangatlah menyedihkan..Tiada rupa dan class utk ada kat Condo langsung. Service lambat, kelam-kabut dan blur...Tolonglah cadangkan utk diorang buat perubahan ataupun pembaharuan kalau nak berniaga lagi kat sini. Kalau tak, saya amatlah cadangkan tukar. Serius.