Monday, November 10, 2008
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada email tuan yang bertarikh 7 November 2008 mengenai Badan Pengurusan Bersama (JMB) Kondominium Cengal.
2. Dimaklumkan bahawa berkenaan dengan penyata kewangan beraudit yang sehingga kini masih belum dikemukakan oleh pihak JMB kepada pihak tuan, kami akan berhubung terus dengan pihak JMB dan pastikan agar pihak JMB menyerahkan akaun teraudit untuk rujukan kami.
3. Berkenaan dengan Minit-minit Mesyuarat JMC dan Kontrak-kontrak bagi Kontraktor-kontraktor penyelenggaraan, pihak kami menasihatkan agar pihak tuan dapat membuat permintaan secara hitam putih (request letter) kepada pihak JMB dan sesalinannya diajukan kepada jabatan kami. Sekiranya pihak JMB masih tidak bekerjasama dalam hal ini, pihak tuan hendaklah memaklumkan kepada kami.

Sekian, Terima Kasih
Marini Binti Suhaimi
Pegawai Penilaian
Pesuruhjaya Bangunan (COB)
Jabatan Penilian dan Pengurusan Harta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tel: 03-26171000
Fax: 03-26937119
2 comments:
JMB perlu menunaikan janji untuk mengeluarkan penyata akuan
sewaktu meeting penduduk nanti. bil bulan yang di keluarkan mestilah tepat pada waktu dan tarikhnya seperti pengurusan yang sebelumnya.Jangan sebab kertas habis tiada bil di keluarkan.
Pengurusan sila sediakan kelengkapan yang secukupnya kepada pengawal jika suruh pengawal buat kerja, jangan sesetengah penghuni di anak tiri dan buat kerja ikut kepala sendiri.
saya adalah salah seorang penghuni cengal condo ingin memberi cadagan berkenaan cafe di tepi kolam bahawa cafe berkenaan tidak punyai tingkap atau laluan untuk mengeluarkan asap atau angin dan menyebabkan cafe berkenaan sentiasa berada dalam keadaan berasap dan berminyak, saya ada menanyakan kepada pemilik cafe berkenaan itu dan dia beritahu saya bahawa kos untuk memasang penyedut asap(ekzos) adalah sangat tinggi RM20,000, bisnes pun alah kadar saja katanya,tentang masakan mamak atau masakan melayu saya rasa no koment,saya harap JMB memberi cadangan kpd pemilik cafe itu
Post a Comment